e-Pembelajaran Interaktif – Cari Perkataan
27 Februari 2020 | Aktiviti TerkiniPada 26 Februari 2020, Pusat Internet PPR Taman Sri Wangi telah mengadakan kelas e-pembelajaran. Kelas e-pembelajaran ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta berkenaan kegunaan internet sehari-hari seperti mencari alternatif untuk belajar secara atas talian. Selain itu, e-pembelajaran ini turut dapat menarik minat peserta kerana ianya interaktif selain peserta bermain permainan mencari perkataan secara atas talian. Peserta yang terdiri daripada sepuluh orang pelajar sekolah telah mengikuti kelas ini bagi memenuhi masa lapang selepas waktu persekolahan. Peserta didedahkan dengan penggunaan e-pembelajaran yang boleh digunakan untuk mengulangkaji pelajaran sambil mencari maksud perkataan yang dicari di laman carian Google.
Peserta turut menggunakan kaedah ini untuk mengasah kemahiran kognitif mereka disamping mengeja perkataan yang dicari, secara tidak langsung. Kelas berjalan dengan lancar sepanjang tiga jam berlangsung. Kelas bermula pada jam 2:00 petang hingga jam 5:00 petang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: